PEMBUKA BICARA



Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan Sijil Khas Kemahiran Asas Kolej Komuniti untuk memberi peluang pendidikan kepada pelajar-pelajar kurang upaya agar dapat berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Pelajar-pelajar ini diajar dengan pelbagai kemahiran secara amali mengikut pengkhususan bidang yang dipilih dan menerapkan elemen keusahawanan bagi setiap bidang kearah melahirkan usahawan dalam bidang tujahan yang diikuti. Justeru, dengan adanya penerapan kemahiran keusahawanan dan pembudayaan usahawan dalam kalangan pelajar Sijil Kemahiran Khas Kolej Komuniti dapat mendorong pelajar menjadikan usahawan sebagai satu kerjaya alternatif

No comments:

Post a Comment